Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua penyokong B.A;
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terimakasih
kepada semua yang terlibat yang menjayakan projek ini dan juga
kepada individu-individu yang memberi kepercayaan kepada diri
saya untuk menghasilkan laman web rasmi keADILan Negeri Sembilan.Saya
rasa amat bertuah kerana saya dipilih untuk menghasilkan laman
web ini.Saya menghasilkan laman web keADILan ini bukanlah kerana
saya ingin sebarang balasan atau bayaran atau apasaja yang bermaksud
disebaliknya,saya lakukan ini dengan rasa tulus dari hati untuk
membantu apa yang patut demi menegakan keADILan di negara kita
yang kini situasinya semakin meruncing.Kita semua perlulah saling
menolong antara satu sama yang lain demi memperkuatkan lagi pertahanan
untuk melawan sebarang tohmahan serta cacian dan tindakan yang
dilakukan oleh kerajaan pemerintah yang ingin melihat kita tumbang
serta tersungkur.Saya berharap laman web keADILan N.Sembilan
ini akan sentiasa diperkemaskinikan tanpa sebarang masaalah dan
akan memberi manafaat kepada semua yang melawatinya.Saya juga
berharap kepada semua penyokong parti Barisan Alternatif supaya
dapat memberi sebarang sumbangan serta idea untuk menambahkan
lagi isi kandungan didalam laman web keADILan Negeri Sembilan
ini.Akhirkata,saya ucapkan ribuan terimakasih kepada semua penyokong
Barisan Alternatif dan harapan saya ialah supaya kita semua terus
berjuang walaupun ketitisan darah sekalipun demi menegakan keADILan
perlembagaan negara yang sudah dicemari dan tercemar.Sekian wassalam.
Yang Benar;
Webmaster keADILan N.Sembilan. |