Mesej dari Ketua Perhubungan
Parti KeADILan Negeri Sembilan.
Malaysia mengorak langkah ke
era teknologi maklumat dengan megah. Dengan mempelupori MSC,
Mahathir berharap bukan saja Malaysia akan kekal intact dengan
perkembagan ini, tetapi juga menjadi pemimpin dunia dalam bidang
cyber.Hanya Mahathir yang tahu sama ada langkah ini adalah satu
kesilapan atau tidak. Namun ia tidak dapat diundur ke belakang
, dan Malaysia memimpin dunia memanfaatkan pengunaan internet
sebagai senjata untuk menangkis tohmahan dan pembohongan oleh
media arus perdana.Harus diakui, tanpa internet, mungkin pencapaian
parti-parti alternatif dalam pilihanraya lalu tidak sebaik yang
dimaklumi.Internet berperanan memberi pandangan yang seimbang
kepada pengundi. Internet juga membetulkan fitnah dan pemesongan
fakta yang ditaburkan oleh media perdana. Internet sangat penting
kepada Barisan Alternatf. Parti KeADILan Negeri Sembilan hanyalah
satu daripada banyak organ dan unit parti yang
memanfaatkan fenomena teknologi ini.Laman-laman haruslah web
menyediakan sumber maklumat yang tepat. Laporannya patut mencakupi
isu-isu semasa dan berfungsi menyebarkan maklumat, bukan memesongkankannya.Mencipta
sesuatu laman mungkin tidak sukar. Tetapi memuliharanya,mengemaskini
dengan maklumat maklumat terkini bukanlah tugas mudah.Hanya
mereka-mereka yang punya komitmen tinggi dan berdedikasi mampu
melakukannya.Syabas diucapkan kepada pengurus-pengurus laman
ini. Saya berterima kasih atas atas inisiatif anda dan berharap
titik peluh saudara semua akan menjadi pemangkin langkah kita
ke arah mengujudkan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini.
Ruslan Kasim
Ketua Perhubungan Negeri |