1)Pada 19hb.Okt,2000(Khamis)
majlis perjumpaan dan dialog dengan
pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Oxford.Ianya melibatkan
pimpian
pelbagai persatuan yang ada disana seperti MISG-ABIM,MSM,MIGO
dan lain-lain.
2)kami juga diberikan maklumat
mengenai satu perjumpaan yang telah diadakan
diantara para pelajar dengan Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato'
Shafei
Afdal.Mereka mahukan penjelasan mengenai kenyataan Dato' Shafei
yang
mengatakan bahawa beliau juga adalah penyokong kuat Dato' Seri
Anwar Ibrahim
ketika berucap dihadapan para pelajar tersebut.
3)Para pelajar yang hadir itu
menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh
Dato' Shafei ini hanyalah sebagai tektik untuk menarik hati mereka
yang mana
beliau mungkin telah diberikan maklumat terlebeh dahulu bahawa
kebanyakkan
pelajar yang hadir didalam majlis tersebut adalah penyokong-penyokong
gerakan reformasi.Kebanyakkan mereka hadir pun adalah semata-mata
untuk
memenuhi undangan kejamuan makan yang diadakan oleh Dato' Shafei.
4)Pada 20hb.Okt,2000 (Jumaat)
kami telah bertolak dengan dua buah kereta
yang dipandu oleh rakan-rakan pelajar di sini daripada Coventry
ke Kota
London.Semenjak hari pertama kami hanyalah mengadakan beberapa
perjumpaan,
ceramah dan dialog di luar kota London iaitu diLeicester
shire,Manchester,Leeds,Birmingham,Coventry,Oxford dan beberapa
pertemuan dan
majlis dialog telah disusun untuk diadakan pula dibeberapa tempat
di London.
5)Pada 20hb.Okt,2000 (Jumaat)Perbincangan
pertama dikota London telah
diadakan dengan Br.Ibrahimsa iaitu Koordinator Muslim Aids United
Kingdom &
Eire.Pelbagai persoalan telah dibincangkan antaranya ialah mengenai
lawatan
dan perjumpaan serta Jamuan Makan Malam yang telah diadakan oleh
DR.M
baru-baru ini.
6)Menurut beliau DR.M telah
memperalat dan mempergunakan Zaki Badawi
Pengetua Muslim College London untuk menjemput tokoh-tokoh pemikir
dan
aktivis gerakan Islam yang berada di London dengan tujuan untuk
menarik hati
dan membersehkan nama beliau yang telah tercemar akibat tindakan
terkutuknya
keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim yang lebeh rapat dan dikenali
ramai
dikalangan tokoh-tokoh dan aktivis Islam di sini.
7)Zaki Badawi yang pernah bekerja
di Malaysia lebeh kurang 30 tahun yang
lalu telah diberikan peruntukkan dalam jumlah yang begitu besar
oleh DR.M
untuk tujuan menjayakan majlis tersebut dan beliau sendiri dengan
menggunakan nama Collegenya telah mendapat habuan dalam bentuk
kewangan
apabila bersetuju menjadi orang suruhan DR.M bagi menjayakan
majlis
tersebut.
8)Tidakan Zaki Badawi ini telah
mendapat tentangan dan protes yang begitu
hebat dikalangan tokoh-tokoh pemikir dan aktivis gerakan Islam
disini.Mereka
telah menghantar beberapa telegram,surat dan nota bantahan kepada
Zaki
Badawi kerana tindakannya yang sanggup bersekongkol dengan diktator
yang
telah banyak kali menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Tindakannya
juga
telah menjatuhkan maruah dan mencemar nama baik Institusi Islam
yang beliau
terajui serta gerakan Islam keseluruhannya.
9)Hasil daripada protes itu
walaupun ramai aktivis dan pemikir Islam yang
ada disekitar London dan United Kingdom yang telah dimasukkan
didalam
senarai jemputan pada malam tersebut tetapi mereka tidak menhadirkan
diri
sebagai tanda protes,malah kesampaian DR.M di Hotel lima bintang
tempat
diadakan jamuan makan malam tersebut diadakan juga telah disambut
dengan
demonstrasi diluar hotel tersebut.
10)Pada 21hb.okt,2000 (Sabtu)
Jam 7.30 malam telah diadakan satu majlis
tahlil arwah,doa selamat dan ceramah serta sessi dialog dengan
Persatuan
Masyarakat Melayu London yang telah diadakan dirumah persatuan
tersebut di
Clapton,di Timur London.Majlis ini dihadiri oleh keluarga Melayu
yang telah
menetap disini lebeh daripada 30 tahun yang lalu dan turut juga
dihadiri
oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut dipelbagai Institusi
Pengajian
Tinggi di Kota London.
Sekian dahulu untuk kali ini,InsyaAllah
hari ini 22hb.Okt,2000 (Ahad) jam
9.00 pagi kami akan bertolak ke Cardiff untuk mengadakan pertemuan,ceramah
dan kenduri akikah yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia
di sana.
Berjumpa lagi dalam siri yang ke-5 InsyaAllah. |