![]() |
|
|||
|
|
Bagi menyemarakkan lagi Bulan Reformasi, Pergerakan Wanita keADILan yang dipimpin oleh Ketua Wanita keADILan Pusat, Hjh Fuziah Salleh telah melancarkan dan sedang giat melaksanakan program-program berikut: Kempen Poskad FAC: Kempen ini adalah dalam bentuk menjual poskad FAC atau Free Anwar Campaign kepada orang ramai dan meminta mereka mengirimnya kepada tokoh-tokoh negara serta rakan-rakan mereka. Sasaran kiriman poskad ini adalah 1,000,000 keping. Sasaran tarikh untuk mencapai tahap ini adalah pada 31 Disember 2000. Sehingga hari ini sebanyak 250,000 keping poskad telah dicetak. Petisyen Bebaskan Anwar kepada PBB: Kempen ini berupa kempen untuk
mendapatkan tandatangan rakyat Malaysia menggesa pembebasan Anwar
Ibrahim. Sebanyak mungkin tandatangan rakyat akan didapati bagi
tujuan mengemukakan petisyen Program Gerak Gempur Srikandi: Gerak Gempur Srikandi merupakan
program mobilisasi Wanita keADILan untuk turun ke akar umbi masyarakat
dan rakyat umum. Program ini digerakkan melalui Wanita keADILan
Negeri dan Bahagian.Wanita keADILan akan turun membuat penerangan
kepada rakyat berkenaan Fatwa Syeikh Dr. Taha Jabir Al-Alwani
yang menetapkan bahawa penghukuman terhadap Anwar Ibrahim adalah
tidak sah di sisi Konvoi Berkenderaan ke Pejabat PBB di Malaysia: Satu konvoi berkenderaan akan diadakan pada 14 Oktober 2000 dari Jalan Kebun, Shah Alam ke Pejabat PBB di Kuala Lumpur. Tujuan konvoi berkenderaan ini adalah untuk menyerahkan petisyen Bebaskan Anwar Ibrahim beserta tandatangan rakyat kepada wakil PBB di Malaysia. Dijangkakan sebanyak 200 kenderaan akan menyertai konvoi ini. Bagi tujuan menjayakan empat
program di atas, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para aktivis
reformasi untuk bersama-sama berganding bahu dengan Wanita keADILan.
Kita yakin dengan Hj. Saari Hj. Sungib |
. |
|