Make your own free website on Tripod.com

keADILan N.S

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penyokong B.A;


  Pertama sekali saya ingin mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat yang menjayakan projek ini dan juga kepada individu-individu yang memberi kepercayaan kepada diri saya untuk menghasilkan laman web rasmi keADILan Negeri Sembilan.Saya rasa amat bertuah kerana saya dipilih untuk menghasilkan laman web ini.Saya menghasilkan laman web keADILan ini bukanlah kerana saya ingin sebarang balasan atau bayaran atau apasaja yang bermaksud disebaliknya,saya lakukan ini dengan rasa tulus dari hati untuk membantu apa yang patut demi menegakan keADILan di negara kita yang kini situasinya semakin meruncing.Kita semua perlulah saling menolong antara satu sama yang lain demi memperkuatkan lagi pertahanan untuk melawan sebarang tohmahan serta cacian dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah yang ingin melihat kita tumbang serta tersungkur.Saya berharap laman web keADILan N.Sembilan ini akan sentiasa diperkemaskinikan tanpa sebarang masaalah dan akan memberi manafaat kepada semua yang melawatinya.Saya juga berharap kepada semua penyokong parti Barisan Alternatif supaya dapat memberi sebarang sumbangan serta idea untuk menambahkan lagi isi kandungan didalam laman web keADILan Negeri Sembilan ini.Akhirkata,saya ucapkan ribuan terimakasih kepada semua penyokong Barisan Alternatif dan harapan saya ialah supaya kita semua terus berjuang walaupun ketitisan darah sekalipun demi menegakan keADILan perlembagaan negara yang sudah dicemari dan tercemar.Sekian wassalam.

Yang Benar;

Webmaster keADILan N.Sembilan.

keADILan N.S. Ucapan Ringkas Webmaster keADILan N.S