Make your own free website on Tripod.com

keADILan N.S

Mesej dari Ketua Perhubungan Parti KeADILan Negeri Sembilan.

Malaysia mengorak langkah ke era teknologi maklumat dengan megah. Dengan mempelupori MSC, Mahathir berharap bukan saja Malaysia akan kekal intact dengan perkembagan ini, tetapi juga menjadi pemimpin dunia dalam bidang cyber.Hanya Mahathir yang tahu sama ada langkah ini adalah satu kesilapan atau tidak. Namun ia tidak dapat diundur ke belakang , dan Malaysia memimpin dunia memanfaatkan pengunaan internet sebagai senjata untuk menangkis tohmahan dan pembohongan oleh media arus perdana.Harus diakui, tanpa internet, mungkin pencapaian parti-parti alternatif dalam pilihanraya lalu tidak sebaik yang dimaklumi.Internet berperanan memberi pandangan yang seimbang kepada pengundi. Internet juga membetulkan fitnah dan pemesongan fakta yang ditaburkan oleh media perdana. Internet sangat penting kepada Barisan Alternatf. Parti KeADILan Negeri Sembilan hanyalah satu daripada banyak organ dan unit parti yang
memanfaatkan fenomena teknologi ini.Laman-laman haruslah web menyediakan sumber maklumat yang tepat. Laporannya patut mencakupi isu-isu semasa dan berfungsi menyebarkan maklumat, bukan memesongkankannya.Mencipta sesuatu laman mungkin tidak sukar. Tetapi memuliharanya,mengemaskini dengan maklumat –maklumat terkini bukanlah tugas mudah.Hanya mereka-mereka yang punya komitmen tinggi dan berdedikasi mampu melakukannya.Syabas diucapkan kepada pengurus-pengurus laman ini. Saya berterima kasih atas atas inisiatif anda dan berharap titik peluh saudara semua akan menjadi pemangkin langkah kita ke arah mengujudkan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini.

Ruslan Kasim
Ketua Perhubungan Negeri

keADILan N.S. Ucapan Ringkas Webmaster keADILan N.S