PAS

DAP

PRM

PARTI KEADILAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

LAPORAN ROADSHOW HJ RUSLAN HJ KASIM KETUA PENERANGAN PARTI KEADILAN NASIONAL KE UNITED KINGDON & EIRE SIRI KE-5. 


1)Pada 22hb.Okt,2000(Ahad) satu ceramah dan dialog mengenai isu-isu semasa
telah dianjurkan oleh rakan-rakan pelajar yang menuntut dibeberapa pusat
pengajian tinggi di Cardiff,Wales,United Kingdom.Ceramah dan dialog ini
telah diadakan di Darul Isra' Islamic Educational & Welfare Society,Cardiff.

2)Perjumpaan tersbut yang bermula pada jam 3.00 petang telah berhenti
sebentar untuk solat 'Asar pada jam 3.30 petang kemudian disambung semula
sebaik-naik sahaja selesai soalat 'Asar dan berterusan sehinggalah masuk
waktu maghrib iaitu jam 6.15 petang.

3)Selepas selesai solat maghrib kami telah dijamu dengan masakan ala
malaysia iaitu 'mee curry cili padi' yang telah disediakan oleh rakan-rakan
pelajar disini secara gotong royong.Perjumpaan dan perbincangan diadakan
dalam suasana yang bagitu mesra,turut hadir dalam majlis ini adalah isteri
atau suami pelajar yang menuntut disini disamping itu mereka juga membawa
bersama anak-anak mereka untuk turut serta bagi memeriahkan lagi majlis ini.

4)Pengamatan kami,daripada pandangan-pandangan serta cadangan-cadangan yang
diberikan serta persoalan-persoalan yang ditimbulkan didalam dialog yang
diadakan jelas kepada kami bahawa kebanyakkan pelajar-pelajar disini
mengikuti dengan rapat akan perkembangan yang sedang berlaku ditanah air.

5)Selepas mengadakan pertemuan di Cardiff kami telah pulang kembali ke
London dan pada 23hb.Okt,2000(Isnin) kami telah mengadakan pertemuan dan
perbincangan dengan Amnesty International yang terkenal dengan perjuangan
hak asasi manusia dimana pertemuan dan perbincangan telah diadakan selama
lebeh kurang satu setengah jam dengan Timothy Parritt yang bertugas dalam
pasukan penyelidik Hak
Asasi Manusia bagi kawasan Asia termasuklah Malaysia.

6)Amnesty International yang beribupejabat Di London mempunyai kakitangan
sepenuh masa seramai tiga ratus orang yang telah dibahagikan kepada beberapa
pasukan yang menjalankan penyelidikan mengikut kawasan atau benua-benua
tertentu dan dalam masa yang sama turut memberikan pandangan dan
pendiriannya terhadap pencabulan hak asasi manusia seperti pandangan yang
telah mereka berikan mengenai perjalanan perbicaraaan dan cara keputuasan
dibuat dan dijatuhkan dalam kes tuduhan liwat keatas Dato' Seri Anwar
Ibrahim tempoh hari.

7)Banyak perkara-perkara dan isu-isu hak asasi manusia yang telah kami
bincangakan bersama terutama sekali mereka ingin mendapatkan perkembangan
terkini mengenai terhakisnya jaminan hak asasi manusia di Malaysia,walapun
ianya telah dijamin didalam perlembagaan Persekutuan.Mereka juga ingin
mendapat maklumat lebeh lanjut mengenai peranan yang dimainkan oleh SUHAKAM
dan apakah persepsi kami terhadap SUHAKAM dan kami mencadangkan agar mereka
dapat terus mengadakan interaksi dengan pihak SUHAKAM secara terus.

8)Daripada taklimat dan penerangan yang diberikan kepada kami,kami
sebenarnya kagum juga dengan penyelidikan dan maklumat yang mereka
jalankan,kerana maklumat yang mereka milikki agak detail mengenai
penghakisan hak asasi manusia melalui beberapa akta yang ada di
Malaysia.Mereka menunjukkan kepada kami dengan detail nama-nama tahana n dan
tangkapan yang telah dilakukan keatas para reformis dan mereka mempunyai
senarai nama-nama tanahan di bawah ISA dan Akta Polis yang kununnya
dikatakan telah berhimpun secara haram.

9)Kami juga telah membincangkan kerajasama dua hala dan juga kerjasama
dengan rangkaian keahlian yang bergabung dengan Amnesty International yang
mana mereka mempunyai jaringan dan rangkaian kerjasama seperti yang
dimilikki oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

10)Kami juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beberapa
tokoh lain di London seperti Penerbit Majallah dan Tokoh Ahli Politik Wanita
Muslim yang Pertama menjadi Members House Of Lords di Great Britain dan
beberapa orang tokoh pemikir dan aktivis gerakan reformasi di
London,InsyaAllah ini akan diterangkan dengan lebeh lanjut dalam siri yang
ke-6 yang akan menyusul kemudian InsyaAllah.....

.

Copyright 2000© keADILan N.Sembilan