PAS

DAP

PRM

PARTI KEADILAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

LAPORAN ROADSHOW HJ RUSLAN HJ KASIM KETUA PENERANGAN PARTI KEADILAN NASIONAL KE UNITED KINGDON & EIRE SIRI KE-4. 

 

1)Pada 19hb.Okt,2000(Khamis) majlis perjumpaan dan dialog dengan
pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Oxford.Ianya melibatkan pimpian
pelbagai persatuan yang ada disana seperti MISG-ABIM,MSM,MIGO dan lain-lain.

2)kami juga diberikan maklumat mengenai satu perjumpaan yang telah diadakan
diantara para pelajar dengan Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato' Shafei
Afdal.Mereka mahukan penjelasan mengenai kenyataan Dato' Shafei yang
mengatakan bahawa beliau juga adalah penyokong kuat Dato' Seri Anwar Ibrahim
ketika berucap dihadapan para pelajar tersebut.

3)Para pelajar yang hadir itu menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh
Dato' Shafei ini hanyalah sebagai tektik untuk menarik hati mereka yang mana
beliau mungkin telah diberikan maklumat terlebeh dahulu bahawa kebanyakkan
pelajar yang hadir didalam majlis tersebut adalah penyokong-penyokong
gerakan reformasi.Kebanyakkan mereka hadir pun adalah semata-mata untuk
memenuhi undangan kejamuan makan yang diadakan oleh Dato' Shafei.

 

4)Pada 20hb.Okt,2000 (Jumaat) kami telah bertolak dengan dua buah kereta
yang dipandu oleh rakan-rakan pelajar di sini daripada Coventry ke Kota
London.Semenjak hari pertama kami hanyalah mengadakan beberapa perjumpaan,
ceramah dan dialog di luar kota London iaitu diLeicester
shire,Manchester,Leeds,Birmingham,Coventry,Oxford dan beberapa pertemuan dan
majlis dialog telah disusun untuk diadakan pula dibeberapa tempat di London.

5)Pada 20hb.Okt,2000 (Jumaat)Perbincangan pertama dikota London telah
diadakan dengan Br.Ibrahimsa iaitu Koordinator Muslim Aids United Kingdom &
Eire.Pelbagai persoalan telah dibincangkan antaranya ialah mengenai lawatan
dan perjumpaan serta Jamuan Makan Malam yang telah diadakan oleh DR.M
baru-baru ini.

6)Menurut beliau DR.M telah memperalat dan mempergunakan Zaki Badawi
Pengetua Muslim College London untuk menjemput tokoh-tokoh pemikir dan
aktivis gerakan Islam yang berada di London dengan tujuan untuk menarik hati
dan membersehkan nama beliau yang telah tercemar akibat tindakan terkutuknya
keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim yang lebeh rapat dan dikenali ramai
dikalangan tokoh-tokoh dan aktivis Islam di sini.

7)Zaki Badawi yang pernah bekerja di Malaysia lebeh kurang 30 tahun yang
lalu telah diberikan peruntukkan dalam jumlah yang begitu besar oleh DR.M
untuk tujuan menjayakan majlis tersebut dan beliau sendiri dengan
menggunakan nama Collegenya telah mendapat habuan dalam bentuk kewangan
apabila bersetuju menjadi orang suruhan DR.M bagi menjayakan majlis
tersebut.

8)Tidakan Zaki Badawi ini telah mendapat tentangan dan protes yang begitu
hebat dikalangan tokoh-tokoh pemikir dan aktivis gerakan Islam disini.Mereka
telah menghantar beberapa telegram,surat dan nota bantahan kepada Zaki
Badawi kerana tindakannya yang sanggup bersekongkol dengan diktator yang
telah banyak kali menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Tindakannya juga
telah menjatuhkan maruah dan mencemar nama baik Institusi Islam yang beliau
terajui serta gerakan Islam keseluruhannya.

9)Hasil daripada protes itu walaupun ramai aktivis dan pemikir Islam yang
ada disekitar London dan United Kingdom yang telah dimasukkan didalam
senarai jemputan pada malam tersebut tetapi mereka tidak menhadirkan diri
sebagai tanda protes,malah kesampaian DR.M di Hotel lima bintang tempat
diadakan jamuan makan malam tersebut diadakan juga telah disambut dengan
demonstrasi diluar hotel tersebut.

10)Pada 21hb.okt,2000 (Sabtu) Jam 7.30 malam telah diadakan satu majlis
tahlil arwah,doa selamat dan ceramah serta sessi dialog dengan Persatuan
Masyarakat Melayu London yang telah diadakan dirumah persatuan tersebut di
Clapton,di Timur London.Majlis ini dihadiri oleh keluarga Melayu yang telah
menetap disini lebeh daripada 30 tahun yang lalu dan turut juga dihadiri
oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut dipelbagai Institusi Pengajian
Tinggi di Kota London.

Sekian dahulu untuk kali ini,InsyaAllah hari ini 22hb.Okt,2000 (Ahad) jam
9.00 pagi kami akan bertolak ke Cardiff untuk mengadakan pertemuan,ceramah
dan kenduri akikah yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Berjumpa lagi dalam siri yang ke-5 InsyaAllah.

.

Copyright 2000© keADILan N.Sembilan