PAS

DAP

PRM

PARTI KEADILAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

LAPORAN ROADSHOW HJ RUSLAN HJ KASIM KETUA PENERANGAN PARTI KEADILAN NASIONAL KE UNITED KINGDON & EIRE SIRI KE-3. 

 

1)Pada 18hb.Okt.2000(Selasa) jam 8.45 malam - 12.15 malam telah diadakan
satu perjumpaan dan dialog dengan para pelajar Malaysia yang menuntut
University of Leeds, United Kingdom .Majlis ini telah diadakan ditempat
penginapan salah seorang pelajar ijazah lanjutan dan turut dihadiri oleh
pimpinan dan anggota pelajar pelbagai kumpulan termasuk juga beberapa orang
ahli kelab UMNO United Kingdom & Eire.

2)Selepas memberikan penerangan dan kupasan pelbagai isu dan pengharapan
kepada mereka yang hadir maka majlis dialog diadakan.Pelbagai soalan yang
telah ditimbulkan mengenai perkembangan isu-isu semasa yang berlaku ditanah
air.Termasuklah yang turut mengambil bahagian didalam dialog tersebut ialah
beberapa ahli kelab UMNO yang mengemukakan hujjah versi Utusan Malaysia dan
"TV Tigasuku" dengan sepenuh perasaan terutama sekali apabila berbicara
tentang hak istimewa orang Melayu dan Isu Anwar Ibrahim yang pada pendapat
mereka"kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang".Mereka agak
kesiangan kerana mereka tak sedar dalam zaman teknologi canggih sekarang ini
walaupun tak ada angin pokok maseh bisa bergoyang malah mungkin juga bisa
tumbang kerana dek perbuatan manusia durjana.

3)Perbincangan semakin hangat apabila bertalu-talu persoalan yang
dikemukakan mengenai apakah dasar perjuangan reformasi dan apakah kebaikan
serta faedah yang akan kami perolehi jika sekiranya reformasi dilakukan
sedangkan pada mereka contoh yang berlaku di Indonesia adalah merugikan
katanya.Penerangan dengan panjang lebar terpaksa diberikan oleh kerana
hujjah-hujjah yang mereka berikan semuanya negatif belaka terhadap gerakan
reformasi dan ini menunjukkan betapa selama ini mereka termakan dan menelan
bulat-bulat segala propaganda BN yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat
khususnya masyarakat bukan Melayu tentang perjuangan reformasi.

4)Kami juga diberitahu tentang lawatan yang telah dibuat oleh YB Noh Omar
S/Usaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri yang telah mengadakan lawatan
bersama-sama dengan S/Usaha Politik DR.M ke Leeds sebelum ini yang juga
telah menjanjikan serta memberikan sejumlah wang sebagai umpan untuk menarik
para pelajar menghadiri perjumpaan yang diadakan oleh mereka.

5)Para pelajar yang menghadiri perjumpaan tersebut memberitahu ucapan mereka
hanyalah berkisar disekitar maudhu' memburuk-burukkan Anwar Ibrahim yang
mereka kata adalah cubaan Anwar untuk merampas kuasa daripada
DR.M.Sebenarnya ini isu basi yang mana sebahagian besar pelajar yang hadir
faham dan mengikuti perkembangan perbicaraan Dato' Seri Anwar dan faham apa
sebenarnya yang berlaku disebalik isu pemecatan tersebut.

6)Pada 18hb.Okt.2000(Rabu) jam 3.30 - 4.45 saya telah memnuhi undangan
Markfield Conference Centre,Islamic Foundation, Leicestershire untuk
menyampaikan ucapan dalam Seminar dan Diskusi dengan pelajar-pelajar
Antarabangsa daripada pelbagai negara dan benua seluruh dunia yang kini
sedang membuat kajian dan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di
Yayasan tersebut.Seramai 30 orang pelajar Ijazah Lanjutan telah mengikuti
seminar dan dialog khas mengenai "perkembangan dan pergolakan isu-isu semasa
di Malaysia kini".Seminar ini telah dipengerusikan oleh DR.Manazir Ahsan
iaitu Director General Islamic Foundation UK & Eire.

7)Selesai memberikan ucapan dan bertukar-tukar maklumat serta berkongsi
pengalaman dengan perserta seminar di Islamic Foundation maka kami telah
dibawa pula ke Birmingham dimana pada jam 8.45 malam telah diaturkan satu
"ceramah dan diskusi isu-isu semasa" bertempat di Witton Islamic
Centre,Birmingham.

.

Copyright 2000© keADILan N.Sembilan