PAS

DAP

PRM

PARTI KEADILAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

LAPORAN ROADSHOW HJ RUSLAN HJ KASIM KETUA PENERANGAN PARTI KEADILAN NASIONAL KE UNITED KINGDON & EIRE SIRI KE-2. 

 

1)Pada 15/10/2000 (Ahad) jam 8.30 telah diadakan pejumpaan dan dialog dengan kepimpinan dan aktivis persatuan palar Malaysia di Manchester iaitu dirumah sdra.Ahmad Saufee Alias wakil Keadilan International bagi kawan UK & Eire.Turut hadir adalah pimpinan pelajar MISG-ABIM,dan pimpinan pelajar University di Manchester lelaki dan Wanita.Pelbagai persoalan dan pertanyan serta pendapat yang telah ditimbul dan dibincangkan didalam perjumpaan tersebut.

2)Kami juga diberikan taklimat mengenai perjumpaan yang didakan diantara Dr.Mahathir Di University Manchester pada minggu lalu. Kebanyakkan yang menghadiri perjumpaan tersebut adalah mereka yang didatangkan daripada luar Manchester dan diangkut dengan kenderaan yang telah disediakan serta dibayar wang minyaknya.Jadi rupa-rupanya kerja mengangkut orang dari luar kawasan untuk meramaikan hadirin bukan sahaja berlaku di dalam negara hatta di England pun terpaksa digunakan tektik yang sama.

3)Kami dimaklumkan juga bahawa kebanyakkan yang hadir adalah pelajar-pelajar bukan Melayu dan pemegang-pemegang biasiswa yang dikerah supaya menghadirkan diri jika tidak mereka terpaksa menerima risiko tertentu.

4)Semasa keahadiran DR.Mahathir maka satu demonstrasi telah diadakan bagi meyambut kedatangan beliau.Demonstrasi yang lebeh besar melibatkan lebeh kurang 100 orang juga diadakan di London ketika DR.Mahathir mengadakan satu perjumpaan disebuah hotel anjuran Dr.Zaki Badawi dari Muslim College yang telah juga mendapat tentangan dan protes daripada seluruh pertubuhan Islam di UK & Eire.Mereka melihat majlis anjuran Dr.Zaki Badawi itu lebeh merupakan tektik kotor Mahathir untuk kununnya mahu berbuat baik dan membersehkan imejnya yang telah tercemar dimata aktivis Islam di seluruh UK & Eire ini kerana rata-rata aktivis-aktivis Islam di UK & Eire ini lebeh rapat dan lebeh mengenali Dato' Seri Anwar Ibrahim berbanding dengan Dr.Mahathir didalam memperjuangkan nasib ummat Islam sejagat.

5)Maklumat yang kami perolehi disini Dr.Zaki Badawi menganjurkan majlis tersebut adalah kerana imbuhan kewangan yang telah dijanjikan oleh DR.Mahathir bagi membantu College yang beliau tajai.Jadi nampaknya tektik yang digunakan di UK ini sama saja dengan tektik yang digunakan oleh Dr.Mahathir apabila melobi untuk mendapat anugerah La Riba di Chicago,USA bulan lalu.

.

Copyright 2000© keADILan N.Sembilan