PAS

DAP

PRM

PARTI KEADILAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

LAPORAN TAMBAHAN ROADSHOW HJ RUSLAN HJ KASIM KETUA PENERANGAN PARTI KEADILAN NASIONAL KE UNITED KINGDON & EIRE SIRI KE-2. 

1)Pada 15/10/2000 (Ahad) jam 8.30 malam telah diadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pimpinan dan aktivis persatuan pelajar-pelajar Malaysia di Manchester dikediaman sdra.Ahmad Saufee Alias iaitu wakil KeADILan Internasional bagi kawasan UK & Eire.Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah pimpinan pelajar dari MISG-ABIM, MSM, Persatuan Pelajar University Manchester lelaki dan wanita.Pelbagai persoalan mengenai isu-isu semasa serta perbincangan mengenai peranan yang harus mereka mainkan ketika berada di UK dan apabila pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian mereka nanti.

2)Mereka juga melapurkan kepada kami mengenai perjumpaan yang telah diadakan diantara beberapa orang Menteri,Timbalan Menteri,serta perjumpaan yang telah diadakan dengan Perdana Menteri di University Manchester baru-baru ini.Kebanyakkan perjumpaan dengan pimpinan UMNO tidak mendapat sambutan apatah lagi kini kelab UMNO di UK ini yang selalunya mengaturkan perjumpaan-perjumpaan bersama-sama dengan Jabatan Penuntut Malaysia sudah hampir mati.Disuatu ketika dahulu Kelab UMNO ada beberapa cawangan di seluruh UK dan Eire tapi kini banyak yang sudah pupus.Yang ada tiga empat kerat kini yang cuba untuk terus menyambung nyawa Kelab ini adalah merupakan spesis yang terakhir.

3)Didalam satu perjumpaan dengan Dato' Adnan Yaakub,Menteri Besar Pahang di Coventry,yang hadir lebeh kurang dua puloh orang.Itupun Dato' Adnan menjanjikan mereka dengan bantuan kewangan sebanyak £500.00 yang diberikan semasa perjumpaan tersebut.Jadi amalan politik wang bukann sahaja begitu berleluasa di dalam negara tetapi wabak dan penyakit ini telah merebak dan telah mulai diajarkan kepada para pelajar diseberang laut.Amalan ini juga nampaknya telah menurun dan merendahkan nilai dan harga diri serta maruah mahasiswa disini disisi pandangan Dato' Nan yang terkenal dengan isyarat lucahnya ketika hari penamaan calun pilihanraya kechil Sanggang tempoh hari.

4)Kami juga dimaklumkan didalam satu lagi perjumpaan iaitu dengan Timbalan Menteri pendidikan Dato' Aziz Shamsudin di Manchester.Didalam perjumpaan tersebut sepanjang lebeh kurang satu jam ucapan Dato' Aziz Shamsudin hanyalah menyogok dan menyajikan ucapan poltik dan kutukan terhadap parti pembangkang sahaja disamping pujian yang melambung-lambung kepada bossnya DR.M.

5)Semasa sessi soal jawab seorang pelajar bangun dan menyatakan perasaan kecewanya apabila mendengar ucapan Dato' Aziz kerana pada sangkaan mereka kedatangan Timbalan Menteri Pendidikan tentulah akan menceritakan tentang polisi-polisi baru,program-program pendidikan yang baru serta lain-lain perkembangan dibawah kepimpinan Kementerian yang baru,tetapi ternyata ini hanya tinggal harapan sahaja.

6)Mendengar pandangan yang telah dikemukakan oleh pelajar tersebut Dato' Aziz dengan nada yang penuh emiosional bangun lalu berkata "siapa nama kamu??,kamu datang sini guna biasiswa mana??,siapa yang taja kamu belajar disini??inilah contoh orang yang tak tahu bersyukur dan tak tahu mengenang budi!" Tempelakan serta tuduhan melulu dan menjatuhkan air muka yang dilakukan oleh Dato' Aziz Shamsudin itu menimbulkan reaksi tidak senang dikalangan para pelajar yang hadir.Pada mereka tuduhan itu merupakan satu penghinaan dan perbuatan yang cuba merendahkan kualiti intelek dan pemikiran mereka.Mereka inilah cara pimpinan negara dalam usaha cuba untuk menimbulkan budaya takut dikalangan rakyat termasuk juga kami yang tahu membedzakan antara intan dan kaca.

7)Kami juga diberi taklimat mengenai perjumpaan yang diadakan oleh DR.M baru-baru ini di Manchester dimana ianya ramai dihadiri oleh pelajar dan mereka yang diangkut khas dengan kenderaan yang telah disediakan daripada luar Manchester untuk meramaikan lagi bilangan yang menghadiri perjumpaan tersebut.Nampaknya tektik memunggah oarang dari luar kawasan bagi meramaikan kehadiran dalam sesuatu majlis itu bukan sahaja berlaku dan menjadi amalan didalam negara tetapi juga telah berlaku di United Kingdom.

8)Perjumpaan tersebut dihadiri lebeh ramai oleh pelajar-pelajar bukan melayu dan ketika sessi soal jawab diadakan DR.M yang menguasai pembesar suara hanya melayani soalan yang dikemukakan oleh pelajar yang telah terlebeh dahulu diatur lebeh awal "planted" jadi yang dibenar dan dilayani pertanyaan hanyalah mereka yang terdiri dari pengampu-pengampu dan pembodek-pembodek beliau persis seperti ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC saja lagaknya.Mana-mana pelajar yang tidak termasuk dalam senarai yang kena "planted" dan yang agak kritikal walaupun seawal minit pertama mengangkat tangan untuk mengemukakan pandangan dan pertanyaan dia buat-buat tak nampak sahaja walaupun terus-terusan menggangkat tangan menunggu giliran untuk terlibat sama dalam sessi dialog tersebut.

9)Untuk makluman para pembaca juga kedatangan DR.M ke Majlis ini telah disambut dengan demonstrasi yang telah diadakan oleh para pejuang Hak Asasi dan Keadilan yang juga turut serta adalah para pelajar Malaysia yang kebanyakkannya datang ke UK untuk melanjutkan pelajaran dengan biaya persendirian.Diantara tidakan yang telah diambil oleh para pelajar Malaysia ialah dengan meletakkan sepanduk dan poster dibeberapa tempat yang tercatit slogan "undur Mahathir undur","Mahathir seorang Diktator","Mahathir should resigned","Don't overstay your welcome", dan lain-lain lagi.

10)Pada 16hb.Okt,2000 (Isnin) jam 7.30 malam telah diadakan satu ceramah umum anjuran persatuan pelajar Islam Malysia di Manchester. Ceramah umum tersebut telah diadakan di Dewan Masjid Khizra,Cheetam Hill Road dengan dihadiri oleh pelbagai lapisan pelajar dari pelbagai pertubuhan dan persatuan yang tinggal di sekitar Manchester.Pelbagai isu terkini di UK dan di Malaysia telah dibahaskan dalam ceramah dan dialog yang telah dipengerusikan oleh Sdr.Ahmad saufee Alias yang menjadi wakil KeADILan Internasional bagi kawasan UK & Eire.Walaupun notis yang dikeluarkan begitu singkat iaitu setengah hari sahaja tetapi melalui kemudahan email dan telekomunikasi yang menjadi media penyebar maklumat yang semakin canggih maka kehadiran pada ceramah ini amat memberangsangkan .Para pelajar disini sedar dan maklum bahawa kita tidak menjanjikan apa-apa peruntukan atau kewangan sebagai umpan untuk menghimpunkan mereka bagi mendengar pandangan kedua (second opinion)sebagai pandangan alternatif kepada perjumpaan dan penerangan yang telah diberikan oleh pimpinan UMNO/BN.

.

Copyright 2000© keADILan N.Sembilan