PAS

DAP

PRM

PARTI KEADILAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

LAPORAN ROADSHOW HJ RUSLAN HJ KASIM KETUA PENERANGAN PARTI KEADILAN NASIONAL KE UNITED KINGDON & EIRE SIRI KE-1. 

 

1).Sampai dilapangan terbang Heathrow London pada 14/10/200 (Sabtu)jam 7.15
petang waktu tempatan (London) bersama-sama dengan YB Dato' Tuan Ibrahim
Tuan Man ADUN Jengka.Beberapa orang rakan-rakan pimpinan pelajar daripada
Hizbul Muslimin UK & Eire telah sedia menunggu kedatangan kami dilapangan
terbang Heathrow.

2).Setelah selesai urusan pengambilan bagasi maka kamipun menaikki kenderaan
yang mereka pandu menuju ke Markfield Conferece centre,Ratby Lane,
Markfield, Leicestershire dimana disana Al Hizbul Muslimin UK & Eire sedang
mengadakan persidangan Agung Tahunan bagi memilih pucuk pimpinan yang baru
bagi sessi 2000/2001.

3).Sampai di Markfield Conference Centre kami telah disambut oleh
Ust.Zulkifli Yusof selaku mursyid Hizbul Muslimin UK & Eire,sdr.Muhammad
Azmi Othman Presiden Hizbi UK & Eire serta para perserta persidangan dan
oleh kerana jam sudah hampir 12.00 malam dan para persertapun sudah mulai
balik ketempat penginapan masing-masing maka kamipun berehat ditempat yang
disediakan.

4).Jam 6.00 pagi 15/10/2000 bangun tidur dan bersolat subuh secara berjemaah
dengan para perserta disurau yang telah disediakan ditempat persidangan
,diikuti dengan bacaan Zikir Al Ma'thurat dan tazkirah ringkas.

5).Selepas bersarapan pagi maka jam 8.30 pagi - 11.30 diadakan satu forum
perdana yang bertajuk "PERANAN PELAJAR DIDALAM PEMBENTUKAN
DAULAH/NEGARA"Ahli penal yang terlibat ialah Ruslan Hj Kasim,YB Dato' Tuan
Ibrahim Tuan Man,dan Sdr.Zuhdi Marzuki yang mewakili Dewan Pemuda Pas
Pusat.Majlis ini dipengerusikan oleh salah seorang pimpinan hizbul
Muslimin.Forum ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dimana
seramai lebeh kurang 200 orang perserta persidangan telah mengambil bahagian
dengan mengemukakan pelbagai persoalan termasuklah peroalan mengenai peranan
yang mereka boleh mainkan dan persoalan-persoalan mengenai isu-isu semasa
yang berlaku ditanah air.

masa 3 jam berlangsungnya forum dirasakan begitu pendek dan belalu dengan
begitu pantas sekali kerana walaupun masa yang diperuntkkan itu telah tamat
namun masih ramai lagi perserta yang mengangkat tangat menyatakan hasrat
mereka untuk terus melibatkan diri dalam perbincangan mengenai tajuk
tersebut.

6)Setelah selesai majlis forum tersebut saya telah berkesempatan untuk makan
tengah hari bersama-sama dengan DR M Manazir Ahsan iaitu Director General
The Islamic Foundation UK & EIRE dimana tempat persidangan ini diadakan.Saya
juga turut mengunjungi beliau dipejabatnya dan beramah mesra serta
mengadakan perbincangan secara hati kehati dengan beliau bersama dengan
beberapa pimpinan pelajar di sini.

7)Dalam pertemuan tersebut Dr M Manazir Ahsan menyatakan rasa sedeh beliau
keatas apa yang telah terjadi keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim yang
menurutnya,beliau amat-amat mengenali peribadi Dato' Seri Anwar serta
terhutang budi beliau kepada Dato' Seri Anwar yang telah membantu
memperkembang dan membangunkan Islamic Foundation tersebut dengan menjadi
salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut beberapa tahun
yang lalu.Beliau mengagumi dan menghargai sumbangan Dato' Seri Anwar didalam
perjuanagn membela nasib ummat Islam di seluruh dunia semenjak dalam ABIM
serta menjadi wakil pelajar Islam Anatarabangsa(IIFSO),serta menjadi wakil
world Assambly of Muslim Youth (WAMY) kawasan Asia dan Pasifik.Selain
daripada Dr.M Manazir Ahsan yayasan ini juga turut diterajui oleh beberapa
orang sarjana dan pemikir Islam antaranya ialah Prof.Khursid Ahmad yang
telah banyak menghasilkan tulisan-tulisan beliau terutama sekali dalam
bidang-bidang mengenai ekonomi Islam,perundangan,Sains sosial dan lain-lain
ilmu yang berkaitan dengan kepentingan ummah dan negara.

8)Islamic Foundation UK & Eire yang telah ditubuhkan lebeh 30 tahun yang
lalu kini menjadi salah sebuah pusat penyelidikan mengenai ilmu-ilmu Islam
yang semakin mendapat penghurmatan daripada Institusi pengajian tinggi
seluruh dunia.Kini Yayasan ini telah diberikan pengiktirafan dan
penghurmatan untuk menyelia lebeh daripada 20 orang mahasiswa ijazah
lanjutan yang membuat kajian ilmiah peringkat sarjana (Masters Degree) dan
Doktor Falsafah.Saya telah diminta oleh Dr,M Manazir Ahsan untuk
menyampaikan ceramah atau penerangan didalam seminar yang akan diadakan pada
hari rabu 18/10/200 jam 3.00 petang .Yang akan hadir dalam seminar tersebut
adala mahasiswa ijazah lanjutan bagi program masters dan phd degree mengenai
"Perkembangan isu-isu semasa dan terkini di Negara Malaysia"

9)Selesai persidangan ini maka rombongan saya pun telah berpecah dua dengan
YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dimana beliau telah berangkat ke shaffield
untuk mengadakan perjumpaan dan penerangan dengan pelajar-pelajar Malaysia
disana.Manakala saya dan juga Sdr.Baharudin Ayub salah seorang JK
Perhubungan Keadilan N.Sembilan telah berangkat ke Manchester dimana
beberapa program telah disusun oleh sdr.Ahmad Sofee Alias iaiatu wakil
Keadilan Antarabangsa bagi kawasan Uk & Eire. Beberapa perjumpaan yang lain
juga sedang diaturkan oleh rakan-rakan ditempat-tempat lain seperti di
Leeds, Cambridge,Oxford,Cardiff,Birmingham,dan beberapa tempat di sekitar
London.

.

Copyright 2000© keADILan N.Sembilan